Panduan Penting Untuk Majikan
- Bukan semua dokumen berkaitan penggajian perlu disetemkan;
- Majikan hendaklah menyemak kontrak penggajian dan dokumen berkaitan berdasarkan kategori yang terpakai sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Setem 1949 bagi menentukan sama ada bayaran duti setem, penyeteman dan/atau pengendorsan diperlukan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”) telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 7 Ogos 2026 yang memberikan panduan penting berhubung pengenaan duti setem ke atas kontrak penggajian, termasuk pengecualian dan keperluan pengendorsan di bawah Akta Setem 1949.
Ringkasan: Adakah Dokumen Penggajian Anda Perlu Dikenakan Duti Setem?
| Dokumen Penggajian / Keadaan | Tindakan yang Perlu Diambil oleh Majikan |
|---|---|
| Kontrak penggajian dengan gaji bulanan RM3,000 atau kurang. | Tiada keperluan untuk penyeteman atau pengendorsan. |
| Kontrak penggajian dengan gaji bulanan melebihi RM3,000. | Hanya kontrak penggajian utama/master perlu disetemkan dan diendorskan. |
| Dokumen sokongan berkaitan penggajian yang sama. | Tiada keperluan untuk penyeteman atau pengendorsan. |
| Surat cara yang termasuk dalam kategori “Pengecualian Am”. | Tiada duti setem dikenakan. Walau bagaimanapun, pengendorsan tetap diperlukan. |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kenyataan Media LHDNM bertarikh 7 Ogos 2026:
Kenyataan Media bertarikh 7 Ogos 2026
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”)
Kenyataan Media bertarikh 7 Ogos 2026
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”)
Download PDF




