Intipati Cukai
- Ambang pelaksanaan e-Invois telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta, berkuat kuasa mulai 1 September 2026.
- Pembayar cukai yang telah memulakan pelaksanaan e-Invois tetapi kini layak mendapat pengecualian boleh menghentikan pengeluaran e-Invois tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada HASiL.
- Program Pengakuan Sukarela Khas (Special Voluntary Disclosure Programme – SVDP) e-Invois: Perniagaan disarankan untuk menyemak status dan proses e-Invois bagi memastikan pematuhan serta menangani sebarang isu atau ketidakpatuhan yang masih belum diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM” atau “HASiL”)
telah menjelaskan bahawa perniagaan yang mempunyai jumlah
hasil atau perolehan tahunan di bawah RM3 juta dan memenuhi
kriteria pengecualian yang ditetapkan tidak akan dikenakan
tindakan pematuhan atau penalti, walaupun pembayar cukai
berkenaan tidak mengeluarkan e-Invois mulai tarikh pelaksanaan
yang terpakai kepada mereka.
Penjelasan tersebut dinyatakan dalam versi terkini Implementation of e-Invoice in Malaysia – Frequently Asked Questions (“FAQ e-Invois”) yang dikeluarkan oleh HASiL dan dikemas kini pada 4 September 2026.

Penghentian Penggunaan e-Invois Tanpa Kelulusan Hasil Terlebih Dahulu
Pembayar cukai yang memenuhi syarat pengecualian e-Invois tetapi telah memulakan pelaksanaan e-Invois sebelum ini boleh menghentikan pengeluaran e-Invois serta-merta. Pembayar cukai tidak dikehendaki mengemukakan permohonan berasingan kepada HASiL atau mendapatkan kelulusan terlebih dahulu bagi tujuan menghentikan pelaksanaan e-Invois.
Selaras dengan penjelasan terkini HASiL, pembayar cukai yang mempunyai jumlah hasil atau perolehan tahunan di bawah RM3 juta dan memenuhi syarat pengecualian yang ditetapkan di bawah Seksyen 1.6.10 Garis Panduan e-Invois adalah layak menikmati pengecualian tersebut.

Pelaksanaan e-Invois Secara Sukarela Kekal Sebagai Pilihan
Walaupun layak mendapat pengecualian, pembayar cukai tidak dihalang daripada meneruskan
pelaksanaan e-Invois secara sukarela. Pembayar cukai boleh memilih untuk terus mengeluarkan e-Invois
sekiranya pelaksanaan tersebut memberikan manfaat dari aspek operasi perniagaan, proses
perakaunan, pengurusan transaksi atau inisiatif pendigitalan yang lebih meluas.
Oleh itu, keputusan untuk menghentikan atau meneruskan pengeluaran e-Invois secara sukarela hendaklah dibuat dengan mengambil kira keperluan operasi dan sistem perniagaan serta implikasi pematuhan yang berkaitan.

Insentif Percukaian Berkaitan e-Invois
FAQ e-Invois turut memperincikan insentif percukaian yang tersedia kepada pembayar cukai yang layak
berhubung dengan pelaksanaan e-Invois, termasuk Elaun Modal Dipercepatkan (Accelerated Capital
Allowance – “ACA”).
Butiran insentif yang berkaitan, termasuk rujukan perundangan atau status semasa, ciri-ciri utama serta tempoh kuat kuasa, adalah seperti yang diringkaskan dalam jadual yang disediakan.
Butiran insentif yang berkaitan, termasuk rujukan perundangan atau status semasa, ciri-ciri utama serta tempoh kuat kuasa, adalah seperti yang diringkaskan dalam jadual yang disediakan.
Program Pengakuan Sukarela Khas (Special Voluntary Disclosure Programme – “SVDP”)
Soalan Lazim 123 hingga 133, FAQ e-Invois turut memberikan penjelasan lanjut berhubung dengan pelaksanaan praktikal SVDP e-Invois, khususnya berkaitan pembetulan transaksi sejarah, peraturan pembatalan dalam tempoh 72 jam, pengelasan transaksi yang tidak tepat, pendedahan selanjutnya, e-Invois terkumpul (consolidated e-Invoice), entiti dalam kumpulan syarikat serta penggunaan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Sehubungan itu, pembayar cukai disarankan untuk menjalankan semakan terhadap rekod dan transaksi e-Invois terdahulu bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan yang masih belum diselesaikan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, pembayar cukai wajar mempertimbangkan untuk mengambil langkah pembetulan dan mengemas kini kedudukan pematuhan, jika berkenaan, dalam tempoh SVDP yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2027.

Download PDF