Perkhidmatan Pekerjaan: Yuran Dikenakan Cukai Perkhidmatan, Manakala Bayaran Balik Gaji, Kos Disbursement serta Caj Berkanun Dikecualikan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (“JKDM”) telah mengeluarkan penjelasan terkini berhubung layanan Cukai Perkhidmatan terhadap perkhidmatan pengambilan pekerja, khususnya berkaitan fi pengambilan pekerja / pengurusan serta perbelanjaan yang dibayar bagi pihak pelanggan (disbursement).

Kesimpulan

  • Cukai Perkhidmatan hanya terpakai terhadap fi perkhidmatan pekerjaan atau pengurusan dan tidak meliputi perbelanjaan yang dibuat bagi pihak pelanggan (disbursement expenses).

Tip

  • Pastikan fi dan perbelanjaan yang dibuat bagi pihak kpelanggan (disbursements) dinyatakan dengan jelas serta disokong dengan dokumentasi yang lengkap.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (“JKDM”) telah mengeluarkan penjelasan terkini berhubung layanan Cukai Perkhidmatan terhadap perkhidmatan pengambilan pekerja, khususnya berkaitan fi pengambilan pekerja / pengurusan serta perbelanjaan yang dibayar bagi pihak pelanggan (disbursement).

Berdasarkan penjelasan JKDM, layanan Cukai Perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • Fi Pengambilan/Pengurusan
    Cukai Perkhidmatan dikenakan ke atas fi yang dikenakan bagi penyediaan perkhidmatan pengambilan pekerja atau perkhidmatan pengurusan pekerja.
  • Perbelanjaan yang Dibayar bagi Pihak Pelanggan
    Kos atau perbelanjaan yang dibayar bagi pihak pelanggan, yang kemudiannya dituntut semula daripada pelanggan, tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.
  • Fi dan Caj berkanun
    Fi, duti, levi, cukai, denda, penalti dan bayaran lain yang seumpamanya yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan menurut mana-mana undang-undang bertulis, dianggap sebagai disbursement (bayaran balik / pendahuluan bagi pihak pelanggan) dan bukannya bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan. Oleh itu, bayaran tersebut tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.
Download PDF