Penempatan Pekerja Secara Sementara Dikecualikan Daripada Cukai Perkhidmatan, Tertakluk Kepada Syarat-syarat Tertentu

Di bawah Panduan Perkhidmatan Pekerjaan 2024, perkhidmatan pekerjaan secara amnya adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.

Intipati Cukai

  • Sesuatu penempatan pekerja secara sementara tidak secara automatik dianggap sebagai perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan. Layanan Cukai Perkhidmatan adalah bergantung kepada pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan bagi sesuatu penempatan pekerja secara sementara yang sebenar.

Tip

  • Semak penempatan pekerja secara sementara yang sedia ada bagi memastikan setiap penempatan tersebut memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Ketetapan Umum Bil. 5/2026.
  • Kenal pasti penempatan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan menilai sama ada Cukai Perkhidmatan perlu dikenakan terhadap perkhidmatan pekerjaan yang berkaitan.
Di bawah Panduan Perkhidmatan Pekerjaan 2024, perkhidmatan pekerjaan secara amnya adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, penempatan pekerja secara sementara (“employee secondment”) adalah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan pekerjaan yang tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.

Melalui Ketetapan Umum Bil. 5 / 2026, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (“JKDM”) telah memperjelaskan kriteria dan syarat yang perlu dipenuhi bagi menentukan kelayakan sesuatu penempatan pekerja secara sementara (“secondment of employees”) untuk diikti- raf sebagai secondment bagi tujuan Cukai Perkhidmatan.

Sesuatu penempatan pekerja secara sementara (“secondment”) hanya boleh dianggap sebagai perkhidmatan yang tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan apabila kesemua syarat yang dinyatakan di bawah dipenuhi.

Terdapat perjanjian peminjaman pekerja antara majikan asal dengan syarikat yang dipinjamkan;

Dokumentasi Perjanjian yang Sewajarnya

Penempatan pekerja secara sementara tersebut hendaklah disokong dengan perjanjian penempatan pekerja secara sementara yang formal (“secondment agreement”) atau dokumentasi berkaitan yang sewajarnya, yang dengan jelas memperincikan sifat, terma dan syarat penempatan tersebut.

Majikan Asal Bukan Penyedia Perkhidmatan Pekerjaan

Perniagaan majikan asal bukanlah merupakan penyediaan perkhidmatan pekerjaan, termasuk menjalankan aktiviti sebagai agensi pekerjaan atau organisasi majikan profesional (“professional employer organisation”).

Penempatan Secara Sementara

Pekerja tersebut ditempatkan secara sementara untuk melaksanakan tugas bagi pihak syarikat lain dalam tempoh yang telah ditetapkan, dan seterusnya kembali berkhidmat dengan majikan asal setelah tamat tempoh penempatan tersebut.

Pengekalan Hubungan Pekerjaan

Pekerja tersebut kekal sebagai pekerja kepada majikan asal, dengan hubungan pekerjaan antara pekerja dan majikan asal kekal sepanjang tempoh penempatan secara sementara (“secondment”).

Perkhidmatan Eksklusif Sepanjang Tempoh Penempatan

Sepanjang tempoh penempatan secara sementara (“secondment”), pekerja tersebut hanya melak- sanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada syarikat yang dipinjamkan.

Kawalan oleh Syarikat Penerima Penempatan (Syarikat Yang Dipinjamkan)

Syarikat penerima penempatan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pelaksanaan kerja dan tugas pekerja sepanjang tempoh penempatan secara sementara.

Gaji dan Elaun Berdasarkan Kos Sebenar Sahaja (tanpa mark-up)

Segala kos berkaitan gaji, elaun dan apa-apa bentuk saraan lain hendaklah ditanggung oleh syarikat penerima pinjaman berdasarkan kos sebenar yang ditanggung, sama ada secara langsung atau tidak langsung, tanpa sebarang mark-up, fi atau caj tambahan.
Download PDF