Kesimpulan
- Ambang pengecualian e-Invois telah dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta, berkuat kuasa mulai 1 September 2026.
Tip
- Semak semula perolehan tahunan atau hasil bagi menentukan sama ada ia berada di bawah ambang RM3 juta;
- Semak struktur pemilikan dan mengenal pasti sama ada terdapat pemegang saham bukan individu yang mempunyai perolehan/hasil RM3 juta atau lebih.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDNM”) telah
mengeluarkan Garis Panduan e-Invois Versi 4.8 pada 30 Ogos 2026. Garis panduan ini menggantikan Garis Panduan e-Invois Versi 4.7 bertarikh 7 Julai 2026.
Pindaan utama adalah berkaitan dengan jadual pelaksanaan e-Invois serta peningkatan ambang pengecualian bagi pembayar cukai yang mempunyai perolehan tahunan atau hasil kurang daripada RM3 juta.Pindaan ini merupakan suatu kelonggaran yang ketara bagi pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil RM1 juta hingga kurang daripada RM3 juta, yang sebelum ini tertakluk kepada pelaksanaan e-Invois.
Pindaan tersebut melibatkan perenggan 1.5 dan 1.6.1(e) serta pengenalan perenggan baharu 1.6.9 dan 1.6.10, seperti berikut:

Tarikh Pelaksanaan e-Invois bagi Perniagaan Baharu
Perenggan 1.5 telah dikemas kini bagi mengambil kira ambang
baharu RM3 juta dalam menentukan tarikh pelaksanaan e-Invois
bagi perniagaan yang mula beroperasi dalam tempoh 2023 hingga
2025. Perniagaan yang mula beroperasi dalam tempoh tersebut
hendaklah menyemak semula tarikh pelaksanaan e-Invois
masing-masing berdasarkan ambang baharu RM3 juta.
Ambang Pengecualian e-Invois Dinaikkan daripada RM1 juta kepada RM3 juta
Ini bermakna pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil kurang daripada RM3 juta secara amnya boleh menikmati
pengecualian daripada pelaksanaan e-Invois, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh LHDNM.
Entiti Tertentu Tertakluk kepada Keperluan e-Invois
Garis Panduan ini turut memperincikan layanan e-Invois bagi entiti berikut:
Entiti-entiti tersebut dikehendaki mengeluarkan e-Invois bagi jualan barang atau pelaksanaan perkhidmatan mulai 1 Julai 2025 dan seterusnya.
- Badan berkanun;
- Pihak berkuasa berkanun;
- Pihak berkuasa tempatan; dan
- Organisasi antarabangsa.
Entiti-entiti tersebut dikehendaki mengeluarkan e-Invois bagi jualan barang atau pelaksanaan perkhidmatan mulai 1 Julai 2025 dan seterusnya.
Syarat-Syarat Kelayakan bagi Pengecualian Ambang RM3 Juta
Pengecualian bagi pembayar cukai dengan perolehan tahunan atau hasil kurang daripada RM3 juta ini adalah terpakai kepada pelbagai kategori pembayar cukai, termasuk individu, perkongsian, syarikat dan koperasi.
Walau bagaimanapun, pengecualian tersebut tidak terpakai dalam keadaan tertentu yang melibatkan struktur pemilikan atau kumpulan syarikat seperti dibawah:
Walau bagaimanapun, pengecualian tersebut tidak terpakai dalam keadaan tertentu yang melibatkan struktur pemilikan atau kumpulan syarikat seperti dibawah:
- Pemegang Saham Bukan Individu
Pembayar cukai mempunyai pemegang saham bukan individu (atau yang setara dengannya) yang mempunyai perolehan tahunan atau hasil sebanyak RM3 juta atau lebih; atau - Anak Syarikat
Pembayar cukai merupakan anak syarikat kepada syarikat induk yang mempunyai perolehan tahunan atau hasil sebanyak RM3 juta atau lebih; atau - Syarikat Berkaitan / Usaha Sama
Pembayar cukai mempunyai syarikat berkaitan atau usaha sama yang mempunyai perolehan tahunan atau hasil sebanyak RM3 juta atau lebih.
Download PDF